Jumaat, 16 Oktober 2009

JOANNE KATHLEEN ROWLING

Semenjak kecil lagi Rowling sudah memiliki kegemaran menulis. Malahan di usia 6 tahun, dia telah mengarang sebuah cerita berjudul Rabbit. Rowling juga mempunyai kegemaran untuk menunjukan karyanya kepada teman-teman dan orangtuanya tanpa perasaan malu atau segan. Minatnya ini teruskan sehingga dia dewasa. Daya imajinasi yang tinggi itulah yang kemudian melambungkan namanya di persada dunia.

Akan tetapi dunia realiti Rowling tidak ramai yang ketahui. Dia tinggal dalam sebuah keluarga miskin yang menerima bantuan daripada pihak kerajaan. Tambahan pula dengan penceraian yang dia lalui menyebabkan penulisan siri pertama Harry Potter melalui liku yang mencabar. Ketika ketiadaan wang yang mencukupi, Rowling terpaksa menyalin naskahnya dengan menaip kembali seluruh kandungan naskah tersebut menggunakan mesin taip lama.

Kejayaan menyelesaikan naskah pertama dengan bersusah payah tidak membawa sebarang berita gembira buat Rowling. Ramai penerbit menolak dan tidak berminat untuk menerbit karyanya yang pada ketika itu dia menggunakan nama penanya sebagai Joanne Rowling. Tanpa berputus asa, dia kemudiannya menggunakan nama JK Rowling dengan harapan dapat mengikut jejak kejayaan penulis kegemarannya CS Lewis.

Akhirnya detik kejayaan tiba, apabila Harry Potter meledak dipasaran dengan luar biasanya. Semua itu terhasil kerana sikap pantang menyerah kalah dan kerja keras yang luar biasa. Tiada kejayaan yang datang dengan harapan berputus asa dan tidak berusaha.

---

Jumaat, 2 Oktober 2009

ENAM TIP DIMURAHKAN REZEKI

Enam tip dimurahkan rezeki



Muhasabah Diri

Kehidupan kita tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan. Sentiasalah beristighfar dan bertaubat kerana ini akan dipermudahkan turunnya rezeki daripada Allah S.W.T.

Bertakwa

Sikap bertakwa akan memberikan seseorang itu kelapangan rezeki daripada Allah S.W.T. Takwa adalah melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan.

Sentiasa Mengingati Allah

Mengingati Allah S.W.T akan menjadikan segala urusan mencari rezeki sebagai satu ibadah.

Bertawakal

Bertawakal menandakan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T. selepas menjalankan tindakan yang wajar dalam usaha mencari rezeki.

Beribadah

Beribadah adalah kunci bagi mengundang rezeki Allah S.W.T. jika dilakukan secara istiqamah.

Menjalin Silaturahim

Menjaga hubungan kaum keluarga yang berhampiran akan membawa kepada kemurahan rezeki orang disekeliling kita.