Khamis, 18 Februari 2010

FOCUS A...Satu sistem pembelajaran e-learning

FOCUS A adalah satu sistem pembelajaran e-learning interaktif yang lengkap. Ia meliputi modul pelajaran bagi pelajar tahun1 hingga tingkatan 5, dan semua matapelajaran termasuk bahasa arab. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh buka laman web www.focusa.com.my @ hubungi PUSAT MOTIVASI AL UMMAH.

Khamis, 28 Januari 2010

BENGKEL TEKNIK BELAJAR ' SMART STUDY'

PUSAT MOTIVASI AL UMMAH akan menganjurkan bengkel Teknik Belajar 'Samrt Study' yang akan dikendalikan oleh Encik Esa b. Abdul Samad, Profesional Kaunselor & Penulis buku Menuju kemuncak Kecemerlangan : Tips dari A ke Z (tahun 2007) dan buku Belajar Santai...Impak Maksima (tahun 2009).

Bengkel ini akan diadakan di Dewan Seminar Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar pada 15 Februari 2010. Bengkel akan di adakan 2 sesi, iaitu sesi pagi untuk sek men (PMR & SPM) & sesi petang untuk sek rendah (UPSR).

Bayaran untuk setiap peserta adalah RM 20.00 ( termasuk makan, minum, bahan bengkel & sijil penyertaan). Tempat adalah terhad, sipa dulu dia dapat ( first come, first serve).

Sebarang pertanyaan berkaitan bengkel ini sila hubungi penyelaras program , En Monen Abdullah no tel 012-2704726.

Selasa, 29 Disember 2009

SMART STUDY CENTRE

SMART STUDY CENTRE - terletak di atas kedai Fotostat Balirr Junior Enterprise di Taman Chandan Puteri, Bukit Kerajaan , Kuala Kangsar, Perak.

Maklumat Kelas Tuisyen:
1. Kelas Tuisyen bagi tahun 2010 akan di mulakan pada minggu ke 2 Januari 2010.
2. Pendaftaran telah dibuka bagi pelajar tahun 4,5 & 6 bagi UPSR untuk pelajaran sains &
matematik.
3. Juga bagi pelajar tingkatan 1,2 & 3 bagi PMR untuk matapelajaran matematik sahaja.
4. Bilik kelas bersaiz kecil, maksimum 8-9 orang sahaja.
5. Bilik kelas berhawa dingin.
6. Tenaga pengajar terdiri guru yang berpengalaman & pakar bagi matapelajaran masing2.
7. Kelas mengutamakan bimbingan individu, latih tubi & kefahaman yang mendalam.
8. Pelajar juga berpeluang untuk mengikuti bengkel teknik belajar, bengkel smart english & kem
motivasi anak soleh yang dijalankan secara tahunan oleh pusat motivasi ummah ini.
9. Sebarang kemusykilan sila hubungi penyelia smart tuition centre,
Cikgu Monen ( 012-2704726)

Selasa, 1 Disember 2009

KEM CINTA ISLAM 2

KEM CINTA ISLAM 2
(Kem Motivasi Iman dan Akhlak Cuti Sekolah)

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam), ibubapanyalah yang akan membuatnya menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani". (HR: Muslim).Secara tegas, Rasulullah SAW menyatakan tanggungjawab pendidikan anak terletak atas bahu ibubapa.

Menyedari keadaan ini, telah mengambil tanggungjawab ini sebagai suatu yang perlu kepada gandingan yang padu antara ibubapa dan jamaah. Jamaah bertanggungjawab menyediakan program bersepadu bagi mendidik anak-anak remaja ke arah melahirkan insan soleh dan solehah

Program PROTAP yang terdekat adalah KEM CINTA ISLAM 2, akan diadakan pada 8 & 9 Disember 2009 ini . Kem ini adalah untuk pelajar yang berumur 12-18 tahun. Kem ini akan dianjurkan di Musolla Al Ehsan, Paya Ranggam, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak.

Sesiapa yang berminat menghantar anak-anak mereka menghadirinya, sila hubungi pihak sekretariat PROTAP :
Pengerusi PROTAP : 019-5121196
Setiausaha PROTAP : 012-2704726

" KE ARAH MEMBINA GENERASI AL QURAN"

Jumaat, 16 Oktober 2009

JOANNE KATHLEEN ROWLING

Semenjak kecil lagi Rowling sudah memiliki kegemaran menulis. Malahan di usia 6 tahun, dia telah mengarang sebuah cerita berjudul Rabbit. Rowling juga mempunyai kegemaran untuk menunjukan karyanya kepada teman-teman dan orangtuanya tanpa perasaan malu atau segan. Minatnya ini teruskan sehingga dia dewasa. Daya imajinasi yang tinggi itulah yang kemudian melambungkan namanya di persada dunia.

Akan tetapi dunia realiti Rowling tidak ramai yang ketahui. Dia tinggal dalam sebuah keluarga miskin yang menerima bantuan daripada pihak kerajaan. Tambahan pula dengan penceraian yang dia lalui menyebabkan penulisan siri pertama Harry Potter melalui liku yang mencabar. Ketika ketiadaan wang yang mencukupi, Rowling terpaksa menyalin naskahnya dengan menaip kembali seluruh kandungan naskah tersebut menggunakan mesin taip lama.

Kejayaan menyelesaikan naskah pertama dengan bersusah payah tidak membawa sebarang berita gembira buat Rowling. Ramai penerbit menolak dan tidak berminat untuk menerbit karyanya yang pada ketika itu dia menggunakan nama penanya sebagai Joanne Rowling. Tanpa berputus asa, dia kemudiannya menggunakan nama JK Rowling dengan harapan dapat mengikut jejak kejayaan penulis kegemarannya CS Lewis.

Akhirnya detik kejayaan tiba, apabila Harry Potter meledak dipasaran dengan luar biasanya. Semua itu terhasil kerana sikap pantang menyerah kalah dan kerja keras yang luar biasa. Tiada kejayaan yang datang dengan harapan berputus asa dan tidak berusaha.

---

Jumaat, 2 Oktober 2009

ENAM TIP DIMURAHKAN REZEKI

Enam tip dimurahkan rezeki



Muhasabah Diri

Kehidupan kita tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan. Sentiasalah beristighfar dan bertaubat kerana ini akan dipermudahkan turunnya rezeki daripada Allah S.W.T.

Bertakwa

Sikap bertakwa akan memberikan seseorang itu kelapangan rezeki daripada Allah S.W.T. Takwa adalah melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan.

Sentiasa Mengingati Allah

Mengingati Allah S.W.T akan menjadikan segala urusan mencari rezeki sebagai satu ibadah.

Bertawakal

Bertawakal menandakan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T. selepas menjalankan tindakan yang wajar dalam usaha mencari rezeki.

Beribadah

Beribadah adalah kunci bagi mengundang rezeki Allah S.W.T. jika dilakukan secara istiqamah.

Menjalin Silaturahim

Menjaga hubungan kaum keluarga yang berhampiran akan membawa kepada kemurahan rezeki orang disekeliling kita.

Khamis, 9 Julai 2009

SEMALAM,HARI INI DAN ESOK....

Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Esok adalah impian yang belum nyata. Hari ini adalah kenyataan dan penentu siapa kita. Oleh itu, lakukanlah sesuatu yang bermakna hari ini.